"Menerusi perubahan pucuk pimpinan baru di Kelantan, saya berharap rintihan artis tempatan didengar. Mungkin ada segelintir penduduk di sana mahukan persembahan terbuka dan segelintir tidak, tetapi saya mahu kerajaan pakatan pembangkang prihati terhadap industri hiburan tanah air. Di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, tiada masalah dan adalah lebih baik dasar mereka ini menjadi konsisten."
Untuk pengetahuan Norman, orang Kelantan di Kelantan tidak berminat sangat dengan hiburan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun tak apa. Tapi kalau bab bola sepak jangan main-main. Mereka memang fanatik menyokong. Abang Nara rasa pucuk pimpinan Kelantan teruskanlah je apa yang diperjuangkan oleh TGNA selama ini. Tak perlu nak ubah banyak sangat. Tak gitu?
0 comments:
Post a Comment