Saturday 1 June 2013

5 Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia

5 pencuci mulut paling mahal di dunia. Ada duit boleh la rasa

1. Strawberries Arnaud



Strawberries Arnaud iaitu aiskrim strawberi dengan campuran buah lemon dan anggur merah. Namun di Restoran Arnaud di New Orleans, Amerika Syarikat, hidangan tersebut bukan sekadar potongan buah biasa. Apa yang menyelerakan dan seperti tidak masuk akal adalah di atas pencuci mulut tersebut telah dihiasi dengan sebentuk cincin berlian 5 karat yang pernah menjadi milik Sir Ernest Cassel dimana cincin tersebut hanya ada satu sahaja di dunia dimana nilai pencuci mulut ini dianggarkan berharga RM5 juta. Selain cincin esklusif tadi, minuman Charles X Crysttal turut dihidangkan yang beharga RM 87,000 sebotol.

2. Kek Platinum



Kek yang beharga RM 450 ribu ini tentunya nampak begitu menyelerakan dengan warna yang berkilau indahnya. Kek ini dibuat oleh Nobue Ikara iaitu seorang chef pastry terkenal dari Jepun. Mahu memberi penghargaan kepada kaum wanita, Ikara telah menghasilkan kek yang didedikasikan kepada wanita yang terkenal di Jepun seperti Rinko Kikunchi dan Chie Kumazawa.

3. Frozen Haute Chocolate



Sehingga sekarang, sundae buatan Serendipity 3 ini sentiasa terpilih sebagai sundae (aiskrim campuran) termahal di dunia, dengan harga boleh mencapai sehingga RM3,500 per skop. Mahu menjadikan aiskrim mereka adalah yang termahal di dunia, mereka telah menghasilkan aiskrim Frozen Haute Chocolate hasil kerjasama bersama pembuat perhiasan, Euphoria New York dimana harga aiskrim ini berharga RM87,000. Frozen Haute Chocolate dihasilkan daripada 28 jenis coklat dimana 14 jenis coklat daripada 28 jenis coklat itu merupakan coklat paling mahal dan eksotik di dunia. Untuk menjadikannya lebih ekslusif adalah aiskrim sundae ini terdapat emas seberat 5 gram dimana emas tersebut boleh dimakan dan juga ada gelang emas dengan berlian di dasar gelas. Bahkan, untuk memakan aiskrim ini dikhususkan menggunakan sudu emas, dan beberapa butir berlian coklat dan putih yang dapat anda simpan.

4. The Fortress Stilt Fisherman Indulgence



Pernah menjadi makanan kedua paling mahal di dunia, The Fortress Stills Fisherman Indulgence yang dibuat di Hotel Sri Langka ini berharga RM50,000. Isi kandungan pencuci mulut ini dibuat daripada Cassata daun emas serta buah mangga dan delima eksotik. Makanan ini kelihatan biasa jika tidak dihias dengan ukiran coklat seorang pemancing dengan batu akuarium 80 karat.

5. Macaroons Haute Couture



Macaroon Haute Couture. Pierre Hermé merupakan seorang artis luar biasa dalam menghasilkan macaroons. Dia mempunyai dua cawangan besar di Paris dan Tokyo yang merupakan pusat pembuatan macaroons. Macaroons paling terkenal yang dihasilkan adalah Meringgue Puff dimana ia akan dihasilkan mengikut bahan pilihan pembeli itu sendiri. Berdasarkan bahan yang dipilih oleh pembeli, macaroon buatan Pierre boleh mencapai harga mencecah RM25,000 per kilogram.

SERIUS - FESYEN HIJAB PALING TERKINI DAN MESRA ALAM

HAHAHHAA


Laporan asal Twitter @Oggymanic

MINUMAN BARU DI RESTORAN MALAYSIA YANG BADASS

Adakah rasa air ini menyelerakan seperti jus carrot?


Laporan asal Twitter Takumin86

COOL - TELEFON BIMBIT SEBESAR KAD KREDIT (11 GAMBAR)

Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Now telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.






Laporan asal IndieGogo

4 Gambar : Jangan Terkejut Selepas Tengok Muka Model Cantik Tanpa Mekap!







Gambar Terkini Stacy dan Anak Angkatnya

Gambar dibawah adalah gambar terkini Stacy Angie, penyanyi kelahiran Sabah. Dengan bersama-sama anak angkatnya, Bella Valentina yang kini dah membesar panjang. Rambut Stacy juga tak kalah fesyen. -Gambar Instagram Stacy

















7 GAMBAR - KEMESRAAN MISHA OMAR & FIROS

Gambar mesra Misha Omar bersama Firos Ezzwan Rossly, seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimuat naik melalui Instagram. Tidak diketahui sama ada Misha dan Firos sudah bernikah senyap-senyap atau masih berstatus 'bertunang'... kerana kemesraan mereka bagaikan suami isteri layaknya.



Untuk info, Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Februari 2012 yang lalu dalam satu majlis sederhana dan tertutup di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Dalam komen Misha sebelum ini, beliau mengakui bakal berkahwin pada 2013 apabila terpaksa menangguhkan perkahwinan yang dirancang sebelumnya.

Alasan Misha, Firos terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pilot. Heh.













sumber

COOL : PULAU BINAAN MANUSIA SEMPENA PIALA DUNIA 2022 DI QATAR (7 GAMBAR)

Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walau bagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai.





Laporan asal Inhabitat

5 GAMBAR - RAGAM TERKINI ANAK FARAH AF2

Gambar terkini anak Farah Diana (Farah AF2) yang diberi nama Elsa Johan. Untuk info, Elsa lahir pada 15 ogos 2012 yang lalu.

Apa yang menarik, meskipun nama anak Farah ni agak ringkas dan tidak seperti segelintir artis lain yang memberi nama agak panjang dan kebaratan, namun ia sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Ialah, bila tiba masa mahu menikah nanti, pastinya nama tersebut senang untuk disebut dan tidak berbelit lidah dibuatnya. Heh. 

(15 GAMBAR) Nadiya Nisa dan Keluarga Bahagianya

Semenjak drama bersiri Adam dan Hawa disiarkan, nama Nadiya Nisaa semakin meletup. Kalau sebelum ini dia kurang mendapat perhatian, kini dia mula menghiasai dada-dada akhbar dan juga laman-laman blog. Nadiya yang sebelum ini berlakon dalam pelbagai filem dan drama mula mengumpul peminat tersendiri. Kami menerima kiriman e-mel dari pembaca yang tidak mahu dikenali, gambar-gambar keluarga Nadiya Nisaa. Nadiya Nisaa telah berkahwin pada tahun 2010 dengan Saiful Razman Mohd Kassim dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar.






Semoga kebahagiaan keluarga Nadiya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan lagi pada 22 dan 23 September 2012, mulai 2.00 petang hingga 10.00 malam. Kali ini program ini akan menampilkan Ismail Jejaka, tarian muzik hip hop, seni persembahan pasukan sorak, tarian berkumpulan dan banyak lagi.



Sekiranya anda ingin mencungkil bakat anda (nyanyian, tarian, lawak dan sebagainya) juga, jangan lupawalk-in pada pukul 2.00 petang, 23 September (Ahad) atau hubungi Haris di 02-2052 3600 untuk keterangan lanjut.




















sumber
New Pena close

Sponsor Ads