Friday 31 May 2013

Bintang Bola Sepak Malaysia, Akmal Rizal Bergelar Pelakon

Kekecohan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang malam tadi menarik perhatian kami yang bukan kaki bola ini tetapi berita terbaru tentang bekas penyerang sensasi Malaysia ini tidak kurang menarik.

Laporan mStar Online hari ini menyebut bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.

“Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka”

“Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini & sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti,” jelas beliau yang belum bersedia untuk berlakon speenuh masa.

Akmal Rizal menambah walaupun penggambaran untuk bahagian beliau hanya mengambil dua hari namun ia cukup bermakna untuk pengalaman sebagai pelakon yang berbeza dari kerjaya di padang bola.

[Video] : Kelibat Zizan Sedang Mengemis di Bukit Bintang



Zizan Menyamar Sebagai Pengemis Di Bukit Bintang

“Saya Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima – Sharifah Sakinah


ohartis-sharifah-sakinah-bfNama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.
Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.
Berikut jawapan Erma Fatima mengenai percintaan anaknya dengan Sharifah Sakinah yang ditanyakan oleh Micheal Ang melalui akaun Keeknya.

Pelakon Baru Wanita Ditahan Melakukan Perkara Tidak Bermoral Dalam Kenderaan

Ini berita hangat yang baru sahaja kami dengar. Seorang pelakon baru wanita dan pasangannya didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan ketika sedang melakukan perkara tidak bermoral di dalam sebuah kenderaan.

Menurut sumber, pasangan ini menggelabah ketika ditahan dan merayu-rayu untuk dilepaskan. Maklumlah masyarakat sudah mengenali mereka. Pasti mereka tidak mahu perkara memalukan ini tersebar.

Nasib baiklah pihak berkuasa tempatan tersebut masih lagi mempunyai budi bicara untuk melepaskan mereka dengan amaran.

Apa-apa pun kami harap apa yang kami dengar ini hanyalah khabar angin semata-mata.

Lari tinggal kekasih sesak nafas dalam semak

Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu lalu, bertindak meninggalkan gadis itu keseorangan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak berjaya.
Katanya, berdasarkan keterangan awal, suspek mengakui ke kawasan semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, yang juga lokasi mangsa ditemui bersama teman wanitanya itu dengan menaiki Yamaha RXZ.

“Suspek yang juga kekasih, rakan sekolah dan tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian untuk ke taman berhampiran sebelum ke kawasan semak berkenaan kira-kira jam 9 malam.

“Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan CPR, tetapi tidak berjaya dan panik dengan keadaan itu, suspek dikatakan meninggalkan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Sumber

David Teo dan isterinya

Saya Baru Sahaja Berhijab Penuh Sejak 2 Minggu Lalu – Leuniey Natasha

Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja.
Terbaru menerusi portal Murai, Leuniey membuat pengakuan yang dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak 2 minggu lalu. Kata Leuniey:-

Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.
Pasti Apek adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini. Agak menarik membaca perkongsian kisah penghijrahan Leuniey yang mengalami kepayahan ketika mula-mula berhijab. Kata Leuniey:-

Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini
Leuniey dan Apek akan pergi mengerjakan umrah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini. Jadi Leuniey mengambil persediaan dengan memakai tudung sepenuhnya sebelum ke Tanah Suci kelak. Apa-apa pun, tahniah kepada Leuniey atas penghijrahan ini. Semoga hidup anda dan suami akan lebih bahagia dan dirahmati selepas ini

Wednesday 29 May 2013

Dakwah Tanpa Sempadan: Berdakwah Kepada Maria Ozawa!!

Seorang lelaki berdakwah kepada Maria Ozawa di Laman Instragram aktress berkenaan. Lelaki yang bernama Saiful meminta agar Maria Ozawa menginsafi perbuatannya dan menyedari pintu taubat masih terbuka.

Biar betul? Berdakwah pada Maria Ozawa?

Nelydia Senrose Kongsi Foto Seksi Di Facebook, Undang Kritikan Peminat


Baru sejam dimuat naik gambar seksi Nelydia Senrose di sebuah pulau, kritikan dan tohmahan yang mengeji tindakan beraninya berkaitan gambar tersebut membuatkan laman facebook Nelydia bertambah panas hari ini.

Komen yang diterima dari peminat Nelydia yang rata-ratanya beragama Islam dan ada juga datangnya dari kampung yang sama, Bachok Kelantan menulis mereka malu melihat gambar tersebut. Antara komen negatif yang diterimanya lagi ialah mereka meminta Nelydia jangan lagi memuat naik gambar seksi sebegini kerana hanya mengundang kritikan negatif yang boleh menjejaskan nama baiknya sebagai artis baru.
Tidak pasti pulau mana, tapi memang kelibat Nelydia bersama rakan-rakan bercuti bersama sambil menghayati keindahan alam yang kalau tengok gambar tempat tu memang superb!

Ibu Dari Korea Menjadi Sensasi Selepas Kehilangan 20KG (9 Gambar)

Ibu ini adalah suri rumah Jung Da Yeon berusia 46 tahun dan mempunyai berat 70kg selepas melahirkan dua orang anak pada tahun 2003. Pada tahun yang sama, dia telah kehilangan 20 kg dalam tiga bulan kerana kawalan makanan sihat serta senaman yang kerap. Dia telah menghasilkan video, buku, gambar serta blog untuk memberitahu orang ramai cara dietnya. Selain itu, di Jepun satu permainan Wii juga dihasilkan sempena dirinya dan dipanggil 'Mom-chan Diet Wii: Figure-robics'. Di negaranya sendiri, dia dipanggil momjjang ajumma' iaitu 'mak cik dengan bentuk badan yang menawan'. Listen, yang gemuk pastinya di bawah lapiswan lemak tu ada awek cantik. Percayalah

SADIS - WAJAH GADIS KOREA DI HOSPITAL PASCA PEMBEDAHAN PLASTIK (11 GAMBAR NSFW)

Umum kita ketahui Korea Selatan ialah negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertingi di dunia sekarang. Hadiah paling kerap diberi kepada pelajar yang menghabiskan sekolah menengah ialah pembedahan plastik. Kegilaan ini memberikan inspirasi kepada jurugambar Ji Yeo untuk menghasilkan set gambar Beauty Recovery Room di bawah. Ia memaparkan gambar wanita Korea Selatan paska pembedahan plastik sebelum mereka pulih sepenuhnya. 
Laporan asal JiYeo

Dakwaan Aidil Zafuan tiduri Tengku Fiella, Rita Rudaini tidak terkejut

Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan.

Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi.

Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan.

“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya”

“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” ujar Rita Rudaini.

Rotikaya

WTF : Pembedahan Plastik Dagu VERSI KOREA YANG BADASS (4 Gambar)

Selepas pembedahan plastik pada bahagian muka dan payudara, kini pembedahan pada dagu menjadi semakin terkenal terutamanya di Korea Selatan. Serious comel, nak satu awek korea!

Tuesday 28 May 2013

Ika Nabila Berkawan Dengan Pengkid dan Main Sex Toy

Sebagai nota, gosip ini berlangsung sejak tahun 2009. Gosip ini telah di *BUMP* (Bring Up My Post) oleh siapa lagi kalau bukan wartawan ngetot Zubir. Sejak gosip gambar Ajai berpeluk dengan gadis diterima ramai, Zubir cuba menghangatkan lagi gosip lama Ika Nabila berkawan dengan pengkid.

Kali ini dengan lebih sinis dan tanpa selindung, Ika Nabila disebut lagi dengan gosip bercinta dengan pengkid dan menyimpan dildo di rumah. Baru-baru ini, Zubir menerima beberapa email gambar mesra Ika bersama pengkid bernama Adlin itu di fahamkan gambar tersebut di rakam ketika mereka sedang berhibur di sebuah kelab malam.

Malah, gosip kian panas apabila kru produksi menyampaikan bahawa Ika tanpa segan silu mengajak seorang aktres comel untuk mengadakan hubungan seks terlarang bersamanya yang katanya lebih menyeronokkan. Kalau Zubir tipu mengenai gosip ini, maka tipulah kami kepada uols. By the way Zubir, Ika Nabila dari Akademi Fantasia musim ke-6 bukan ke-8 seperti yang dinyatakannya dalam akhbar.

Perempuan Bertudung Ini Merupakan Seorang “Sniper” Yang Hebat!!!

Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria.

Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..

Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu. Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..

“Saya suka bertempur. Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya.

“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya.

Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain. Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan.

Fasha Sandha Hisap Rokok


Pahang vs Johor, Kecoh Di Stadium Darul Makmur !!!

Kekecohan antara para penyokong telah menyebabkan perlawanan separuh akhir antara pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim ditunda.

Stadium Darul Makmur yang hanya berkapasiti 40 000, telah dibanjiri lebih kurang 60 000 penonton yang datang untuk menyaksikan perlawana tersebut. Lebihan tersebut menyebabkan beberapa ribu penonton terpaksa duduk di trek padang tersebut.

Suasana ini menyebabkan kekecohan sehingga Sultan Pahang terpaksa memberitahu pengadil supaya perlawanan diteruskan.

Malang sekali perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan apabila berlaku kekecohan apabila penyokong di luar stadium bertindak membaling batu ke arah penyokong pasukan pelawat yang berada di dalam stadium. Penyokong pelawat terpaksa berundur ke bahagian trek untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beberapa minit kemudian, perlawanan diumumkan terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

Ribuan penonton memasuki padang.

Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri

Kisah seram yang dikongikan ini adalah kisah benar yang di alami oleh Ina. Perkongsian ini dilakukan oleh kawan Ina supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah seram ini. Gangguan yang dialami oleh Ina sesuatu di luar jangkaan manusia. Cerita ini berkisar gangguan di rumah kondo yang pernah didiami oleh Ina. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.
Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri
Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Misteri Rumah Kondo Gangguan Bau Busuk
Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.

Misteri Rumah Kondo Gangguan Cermin Misteri
Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takut bila dengar Ina cerita kat aku pasal cermin misteri tu.

Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi dia atau kisah benar yang dialami Ina.

Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas, dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, dia pun pulang ke rumah ibunya di Kepong kalau tak silap aku.

Gangguan Sakit Misteri
Sampai situ je dia cerita kat aku. Setelah lebih dua bulan Ina tak hubungi aku, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Ina cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang mendadak.

Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.

Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, “aku takut tengok cermin tu lah!!’ Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Ina sehingga dia bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai Ina lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin. Apa yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini… Sekian, terima kasih.

Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri Kesimpulan
Betul juga kata ibu Ina tu, jangan letak banyak² cermin dalam rumah. Mungkin yang tak eloknya letak cermin banyak² ni nanti asyik nak tengok cermin je. Padahal boleh baut kerja lain selain mengadap cermin je kan. Apa pendapat korang pula menenai kisah misteri yang dialami oleh Ina??

Beliau Muncul Kembali Dengan Mempersendakan Telekong


Menggeleng kepala bila tengok gambar sebegini yang mana awek ini sengaja mempersendakan tudung telekong. Dengan sengaja menunjukkan tangan serta aksi l u c a h sebegini dan dengan sengaja juga mengupload gambar sebegini ke facebook mereka:

sumber

[15 Foto] Latihan Untuk Menjadi Pelayan Keretapi di China

Di negara China ada sistem keretapi halaju tinggi. Sistem keretapi ini mempunyai pramugari mereka sendiri yang melayan penumpang sepanjang perjalanan. Seperti pramugari kapal terbang pramugari keretapi juga menjalani latihan intensif supaya layanan terhadap penumpang memenuhi piawaian majikan. Mereka diajar cara untuk senyum dan duduk yang betul. Postur badan dan cara tunduk hormat kepada penumpang juga diajar. Keseragaman itu penting. Mari lihat sendiri Awan Dania versi keretapi!




Sumber- SeriusBlog.blogspot
New Pena close

Sponsor Ads