Friday 10 May 2013

(Gambar) Ariel bikin skandal panas dengan model jelita pula?

Jakarta – Pengurus Ariel, Kindy mendakwa kliennya mengaku gambar mesra bersama seorang model seksi Devi Liu adalah benar. Namun begitu, beliau menganggapnya sebagai satu hebahan nakal umpama melihat gumpalan awan dari peminatnya.
“Ianya hanya masalah persepsi individu. Masing-masing punya pendapat sendiri apabila melihat gumpalan awan,” kata Ariel.

“Ada yang melihat awan itu berbentuk seperti biri-biri, ada yang melihatnya sebagai kapal dan lain-lain. Bergantung kepada apa yang ada dalam pemikirannya, di bantu dengan pandangan matanya dan mungkin dipengaruhi sedikit oleh cakap-cakap orang,” tambahnya.

“Saya lebih memilih tidak mengambil pusing hal ini kerana ia bukan urusan saya, apatah lagi menggangu hidup orang lain,” sambung Ariel lagi.
Dalam foto yang tersebar itu, kedua-keduanya kelihatan begitu mesra sambil berbaring. Dalam salah satu foto, kelihatan Ariel dan Devi membuat gaya memek muka dan satu lagi gambar kelihatan mereka sedang merokok.

0 comments:

Post a Comment

New Pena close

Sponsor Ads