PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri “WYY” tidak lama lagi.
Sehingga pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran kenderaan “WYY 9999″ dijangka datang dalam masa kira-kira dua bulan lagi.
“Jabatan ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.
“Pengumuman nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu pejabat JPJ lewat minggu ini,” katanya, Rabu.
Ditanya sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit, seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga sedang dipertimbangkan.
Di bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan berakhir dengan “WYY 9999″.
Kira-kira 1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239, diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.
Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.
Secara purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.
Sementara itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.
Beliau juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana turutannya cepat berubah-ubah.
Beliau mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu. – mStar Online
Popular Posts
-
Tentu ramai pembaca blog MiLo SuaM yang nak lihat bagaimana agaknya wajah isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor masa muda kan? Teri...
-
Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejad...
-
Saya sendiri payah nak memahami wanita dalam hal ini? apa yang diorang nak? Masa dia mula-mula nak kahwin dulu.. apa dalam kepala dia? Kaya?...
-
Perghh!!! Lawa-lawa kan awek-awek dalam video ni...Dengar cerita mereka ni makcik (berbaju hitam) dan sepupu (lagi dua orang) NEELOFA...mema...
-
Fuh ~~ Makin tua makin mengancam wanita-wanita zaman sekarang ini. Wajah Maria Farida yang kekal muda. Tak nampak tua langsung. Terbaru, Mar...
-
The first daughter of AZNAH HAMID, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar was caught with her “boyfriend” out and about in LANGKAWI. Looks li...
-
Lana Nordin Bikin Panas Lagi, Bergambar Dengan Lelaki Tanpa Baju | Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita Lana Nordin yang membid...
-
CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 dan masih lagi berlarutan sehingga kini dimana paling terkini adalah 4pm hari isnin...
-
Jakarta – Pengurus Ariel, Kindy mendakwa kliennya mengaku gambar mesra bersama seorang model seksi Devi Liu adalah benar. Namun begitu, beli...
Categories
Info Agama
(8)
Info Artis
(115)
Info Cool
(30)
Info Dunia
(17)
Info Fakta
(30)
Info Gila
(33)
Info Jenayah
(3)
Info Lawak
(40)
Info Ngeri
(3)
Info Pelik
(12)
Info Politik
(1)
Info Seram
(8)
Info Sukan
(1)
Info Tempatan
(20)
Tauladan
(2)
Tazkirah
(1)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment